In my head

Entry About Tuto
Friends Follow D'Board


  • Heyyo guys!! welcome to my world! ;) !
    "Vampire"



Owner

Contact Me

Talking Ben

credits
6:22 PM | 1 ELSA(s)
wanita !!

jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
hati , fikiran & perasaan lelaki akan rosak.

masih mencari walaupun ada segalanya
Apa yang tidak ada di syurga??
Namun Adam tetap rindukan Hawa


pada wanitalah lelaki memanggil ibu , isteri ataupun puteri
dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki
mana mungkin kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang2 yang lurus...

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah SWT
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa
Didiklah mereka dengan panduan dari Nya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah meliburkan mereka dengan kecantikan
kerana nantinya mereka semakin menderita
yang semakin itu tidak dapat menyelesaikan masalah..

Kenalkan mereka dengan Allah SWT , zat yang kekal
disitulah punca bagi keturunan dunia
Akal setipis rambutnya , tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca , kuatkanlah ia dengan iman
Perasaan selembut sutera , hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana disitulah nantinya mereka lihat nilai & keadilan Allah SWT
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
bahkan juga diskriminasi Tuhan
sebaliknya di situlah kasih & sayangnya..


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
pasti tidak terhibur & menghiburkan
tanpa ilmu , iman & akhlak
mereka tidak lurus bahkan membengkok
itulah akibat andainya wanita tidak kenal Tuhan

bila wanita derhaka , dunia lelaki akan huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan
tapi binalah kepimpinan
pastikan sebelum memimpin wanita menuju ilahi
pimpinlah diri sendiri kepada Nya
Jinakkanlah diri kepada Allah SWT
nescaya jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu..

janganlah mengharapkan isteri secantik Balqis
andai diri tidak sehebat Sulaiman
dan janganlah menharapkan isteri semulia Fatimah 
andai peribadimu tidak setanding Saidina Ali Karamallahuwajhah ..



1 Comments:

Anonymous Anyes said...

So true sister! Dear Adams, you should have read this! :)


Post a Comment